GAZA: Lebih daripada 100 rakyat Palestin terbunuh manakala 700 yang lain cedera susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di Kota Gaza pada Khamis.
Menurut Kementerian Kesihatan, serangan berlaku ketika orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan bantuan makanan.
Jelasnya angka kematian yang disahkan setakat ini adalah 112 mangsa manakala lebih daripada 750 orang cedera dalam kejadian itu.
Serangan berkenaan turut mendapat kecaman keras dari Kementerian Luar Palestin yang menyifatkan tindakan itu sebagai "pembunuhan tidak berperikemanusiaan".
Ia mendakwa kejadian tersebut sebahagian daripada "perang genosid" tentera Israel dan menggesa komuniti antarabangsa untuk "campur tangan segera" bagi merealisasikan gencatan senjata.
Katanya, gencatan senjata merupakan "satu-satunya jalan untuk melindungi orang awam" di Palestin.
Ketika kejadian, orang ramai dilaporkan sedang berkumpul di Jalan al-Rashid di mana trak yang menghantar bantuan tepung gandum sedang menuju.
Agensi berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan puluhan mangsa korban dan cedera dikejarkan ke hospital menggunakan trak disebabkan kawasan berkenaan tidak dapat diakses oleh ambulans.
"Kami ke sini untuk mendapatkan tepung gandum. Anggota tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kami," kata seorang saksi kepada Al Jazeera.
Wartawan agensi berita itu, Ismail al-Ghoul melaporkan, selepas melepaskan tembakan terhadap orang ramai, kereta kebal Israel melanggar mangsa yang terkorban dan cedera dalam insiden itu.
Katanya, kesemua mangsa yang maut dan tercedera dikejarkan ke empat pusat kesihatan berdekana iaitu Hospital al-Shifa, Hospital Kamal Adwan, Hospital al-Ahli dan Hospital Jordan menggunakan trak.
Perkhidmatan ambulans tidak dapat memasuki kawasan berkenaan disebabkan jalan di kawasan itu telah dimusnahkan.
Angka korban turut dijangka akan meningkat disebabkan hospital tidak dapat lagi menampung mangsa akibat kekurangan bahan api dan ubat-ubatan.
Tentera Israel dalam reaksi awal susulan insiden itu berkata, anggotanya melepaskan tembakan selepas rasa "terancam" dengan kehadiran ratusan orang awam di kawasan tersebut.
Jurucakap kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya telah meminta Israel untuk memberi jawapan rasmi berkenaan kejadian itu secepat mungkin selain memastikan bantuan selamat tiba kepada penduduk di Gaza.
"Kami telah berhubung dengan kerajaan Israel awal pagi ini dan kami difahamkan siasatan sedang dijalankan.
"Kami akan mengawasi siasatan berkenaan dan menggesa pihak Israel memberi jawapan secepat mungkin," katanya.
Astro Awani
Thu Feb 29 2024
Antara mangsa yang cedera dalam serangan ketika mendapatkan bantuan makanan dan dibawa ke Hospital al-Shifa untuk mendapatan rawatan. - Foto AP
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Al-Mawasi 'neraka' ciptaan rejim Zionis
Lebih 400,000 penduduk Gaza kini berlindung di al-Mawasi tanpa mengetahui muslihat sebenar rejim Zionis menempatkan mereka di situ.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.