awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10,000 orang dipindahkan di selatan Myanmar susulan banjir

Bernama
Bernama
31/07/2025
10:45 MYT
Lebih 10,000 orang dipindahkan di selatan Myanmar susulan banjir
Seramai 10,395 orang dipindahkan ke 24 pusat pemindahan sementara akibat banjir melanda kawasan Hpa-an di negeri Kayin. - Gambar fail/X/@ClimateRe50366
YANGON: Seramai 10,395 orang dipindahkan ke 24 pusat pemindahan sementara akibat banjir melanda kawasan Hpa-an di negeri Kayin, lapor Xinhua memetik siaran stesen Radio dan Televisyen Myanmar pada Rabu.
Pemindahan dilaksanakan pada Rabu oleh anggota jawatankuasa pengurusan bencana, pasukan bomba, Persatuan Palang Merah Myanmar serta pertubuhan berasaskan komuniti, selepas paras air Sungai Thanlwin melepasi tahap bahaya ekoran hujan lebat.
Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar pada Khamis, paras air sungai di Hpa-an meningkat kepada 1.8 meter melebihi paras bahaya dan dijangka kekal berisiko untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hari lagi.
Kerajaan Negeri Kayin bersama para penyumbang kini menyediakan bekalan makanan asas, manakala Kementerian Kesihatan turut menyalurkan perkhidmatan rawatan dan bantuan perubatan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Myanmar
#Kayin
#selatan Myanmar
#dipindahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan