awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,500 keluarga pelarian Afghanistan pulang dalam sehari

Bernama
Bernama
20/07/2025
11:45 MYT
Lebih 1,500 keluarga pelarian Afghanistan pulang dalam sehari
Lebih 1,500 keluarga pelarian Afghanistan pulang ke tanah air dari negara jiran Iran dan Pakistan dalam tempoh sehari, lapor agensi berita milik kerajaan Bakhtar pada Ahad. - Gambar fail/AP
KABUL: Lebih 1,500 keluarga pelarian Afghanistan pulang ke tanah air dari negara jiran Iran dan Pakistan dalam tempoh sehari, lapor agensi berita milik kerajaan Bakhtar pada Ahad, menurut Xinhua.
Daripada jumlah keseluruhan 1,576 keluarga yang pulang ke Afghanistan pada Sabtu, 81 keluarga kembali dari Pakistan manakala baki 1,495 keluarga datang dari Iran, menurut laporan itu.
Semua pelarian yang pulang telah menerima bantuan yang diperlukan di lokasi pintu sempadan, kata agensi berita itu.
Gelombang kepulangan pelarian Afghanistan semakin meningkat sejak beberapa bulan lepas susulan arahan daripada negara tuan rumah agar pendatang tanpa dokumen meninggalkan negara mereka.
Lebih 1.3 juta pelarian Afghanistan telah pulang ke tanah air sepanjang tahun lepas, dan pada bulan Jun sahaja, kira-kira 600,000 pelarian dilaporkan menyeberang masuk dari Iran.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#pelarian Afghanistan
#pulang ke tanah air
#negara jiran
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan