Skip to main content

Malaysia

Abang Johari hargai peruntukan RM16.2 bilion untuk Sarawak dalam Belanjawan 2027

Abang Johari (foto) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2027 sebanyak RM16.2 bilion. -Gambar fail/Bernama
Abang Johari (foto) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2027 sebanyak RM16.2 bilion. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Premier Sarawak merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2027 sebanyak RM16.2 bilion.
  • Peruntukan Belanjawan 2027 untuk Sarawak meningkat berbanding RM15.1 bilion pada 2026, manakala Sabah menerima RM18.7 bilion pada 2027.
  • Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Hari Lahir Ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak melibatkan 107 kontinjen dan kira-kira 5,000 peserta.

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2027.

“Saya mengucapkan  terima kasih kepada kerajaan pusat atas peningkatan peruntukan tahunan untuk Sarawak kepada RM16.2 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena dengan Sambutan Hari Lahir Ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Semalam, dalam pembentangan Belanjawan 2027, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM18.7 bilion untuk Sabah dan RM16.2 bilion untuk Sarawak bagi 2027, manakala di bawah Belanjawan 2026, Sabah menerima peruntukan RM17.6 bilion, manakala Sarawak memperoleh RM15.1 bilion.

Sementara itu, Abang Johari berkata sepanjang perjalanan kerjaya dalam bidang keselamatan, politik dan pentadbiran sebagai anggota Kabinet Persekutuan, Tun Dr Wan Junaidi telah melalui pelbagai peristiwa penting yang membentuk sejarah negara dan Sarawak.

Premier Sarawak itu berkata pengalaman luas beliau dalam bidang keselamatan, perundangan, perlembagaan serta pentadbiran memberikan  perspektif menyeluruh dalam memahami dinamika pemerintahan, selain cabaran dan tanggungjawab dalam memastikan kestabilan serta kemajuan negeri dan negara.

Sebanyak 107 kontinjen daripada tujuh kategori berbeza melibatkan agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, institusi pengajian, serta badan bukan kerajaan (NGO), dengan kira-kira 5,000 peserta mengambil bahagian dalam perbarisan berkenaan. 

Selain itu, sambutan perayaan hari lahir rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak berlangsung dari 8 Okt hingga esok, dengan pelbagai acara diadakan termasuk Majlis Kesyukuran dan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain,  Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, Majlis Jamuan Negeri serta Majlis Jamuan Teh. 

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah peruntukan Persekutuan untuk Sarawak dalam Belanjawan 2027? 
    A: Jumlah peruntukan Persekutuan untuk Sarawak dalam Belanjawan 2027 ialah RM16.2 bilion.
  • Q: Apakah penghargaan yang diberikan oleh Premier Sarawak kepada Kerajaan MADANI? 
    A: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas peningkatan peruntukan tahunan untuk Sarawak.
  • Q: Berapa ramai peserta yang terlibat dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak? 
    A: Kira-kira 5,000 peserta terlibat dalam perbarisan tersebut.
  • Q: Apakah acara yang diadakan sempena sambutan hari lahir rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak? 
    A: Acara yang diadakan termasuk Majlis Kesyukuran, Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, Majlis Jamuan Negeri, dan Majlis Jamuan Teh.
  • Q: Apakah pengalaman Tun Dr Wan Junaidi yang disebut oleh Premier Sarawak? 
    A: Tun Dr Wan Junaidi mempunyai pengalaman luas dalam bidang keselamatan, perundangan, perlembagaan, serta pentadbiran yang memberikan perspektif menyeluruh dalam memahami dinamika pemerintahan negeri dan negara.

Must Watch Video

Advertisement