awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2 juta orang 'terperangkap' di Gaza - PBB

Bernama
Bernama
18/04/2025
03:20 MYT
Lebih 2 juta orang 'terperangkap' di Gaza - PBB
WASHINGTON: Lebih dua juta penduduk kini masih terperangkap di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric pada Khamis.
"Lebih dua juta orang masih terkurung di dalam Gaza.
"Permusuhan yang berterusan dan bekalan bantuan yang semakin berkurangan telah meningkatkan tekanan emosi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, dengan keperluan kesihatan mental yang semakin mendesak saban hari," kata Dujarric kepada wartawan.
Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Dujarric berkata bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir kehabisan sejak Israel mengenakan sekatan penuh terhadap kemasukan kargo ke Gaza pada 2 Mac lalu.
Beliau turut berkata bahawa bekalan air telah terjejas teruk akibat konflik, dengan hampir 90 peratus infrastruktur air dilaporkan rosak atau tidak berfungsi.
"Kami ingin menegaskan semula bahawa Israel, sebagai kuasa pendudukan, mempunyai tanggungjawab yang jelas di bawah undang-undang antarabangsa termasuk memastikan makanan, bekalan perubatan dan perkhidmatan kesihatan awam disediakan serta memudahkan bantuan kemanusiaan sekiranya keperluan-keperluan ini tidak dapat dipenuhi dengan cara lain," tegas Dujarric.
Mengulas mengenai keadaan di Tebing Barat, beliau berkata ribuan penduduk dipaksa berpindah dan tidak dapat kembali ke kediaman masing-masing berikutan operasi berterusan oleh tentera Israel di bahagian utara wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#PBB
#bantuan kemanusiaan
#Stephane Dujarric
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan