awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 maut, 150 cedera selepas penunjuk perasaan bakar hotel di Bangladesh

Bernama
Bernama
06/08/2024
10:25 MYT
Lebih 20 maut, 150 cedera selepas penunjuk perasaan bakar hotel di Bangladesh
Pertembungan antara pelajar antikerajaan, polis dan penyokong kerajaan meningkat menjadi rusuhan. - AP
MOSCOW: Hampir 25 orang terbunuh dan lebih 150 dimasukkan ke hospital selepas penunjuk perasaan membakar sebuah hotel di barat daya Bangladesh, lapor Sputnik pada Selasa, memetik media tempatan.
Angka kematian akibat kebakaran di Hotel Antarabangsa Zabeer di bandar Jashore mencecah 25 orang, lapor The Daily Star, memetik Abdul Kadir, seorang pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Bangladesh, yang juga berkata bahawa penunjuk perasaan membakar hotel itu sekitar 1005 GMT pada Isnin. Api dipadamkan pada 2345 GMT, tambahnya.
Kemudian pada hari itu, akhbar Dhaka Tribune melaporkan bahawa lebih 150 orang telah dimasukkan ke hospital tempatan berikutan kebakaran itu.
Protes dan demonstrasi bermula di Dhaka dan di seluruh negara selepas pengumuman "tindakan tidak bekerjasama" selama beberapa hari dengan pihak berkuasa, yang dilancarkan pada Ahad oleh Gerakan Pelajar Antidiskriminasi. Pertembungan antara pelajar antikerajaan, polis dan penyokong kerajaan meningkat menjadi rusuhan.
Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di Dhaka dan bandar lain di negara itu mulai 1800 waktu tempatan pada Isnin (tengah hari GMT) sehingga diberitahu kelak. Isnin, Selasa dan Rabu minggu ini telah diisytiharkan sebagai cuti umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#Bangladesh
#angka korban
#protes
#bakar hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan