awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 25 juta perjalanan China-ASEAN direkodkan dalam 8 bulan

Bernama
Bernama
17/09/2025
12:58 MYT
Lebih 25 juta perjalanan China-ASEAN direkodkan dalam 8 bulan
Dari Januari hingga Ogos 2025, negara ASEAN merekodkan lebih 14.5 juta kemasukan oleh individu dari tanah besar China. - Gambar hiasan
BEIJING: Jumlah perjalanan antara tanah besar China dan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) melebihi 25.24 juta dalam tempoh lapan bulan pertama 2025, meningkat 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China yang dikeluarkan pada Rabu.
Dari Januari hingga Ogos 2025, negara ASEAN merekodkan lebih 14.5 juta kemasukan oleh individu dari tanah besar China, meningkat 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Xinhua memetik data tersebut.
Dalam tempoh sama, perjalanan masuk dari negara ASEAN ke tanah besar China meningkat 27.5 peratus, melebihi 10 juta ketibaan, dengan majoritinya memasuki China tanpa visa.
Menurut NIA, pihaknya akan terus memperkenalkan dasar bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan, menggalakkan pertukaran antara China dan negara ASEAN, memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau, serta secara berterusan menyuntik daya baharu kepada pembangunan sosioekonomi rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ASEAN
#perjalanan rentas sempadan
#tanpa visa
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan