awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 250 terkorban tragedi banjir lumpur dan tanah runtuh di Colombia

Agensi
Agensi
02/04/2017
02:40 MYT
Lebih 250 terkorban tragedi banjir lumpur dan tanah runtuh di Colombia
Hujan lebat berterusan membuatkan paras air sungai melimpah dan menolak keluar mendapan dan bongkah-bongkah batu. - Reuters
Bencana tanah runtuh dan banjir lumpur di wilayah sempadan barat daya Colombia, iaitu Putumayo, menyebabkan arus lumpur dan batu menimbus serta memusnahkan bangunan rumah pada Sabtu, hingga mengorbankan lebih 250 orang sementara ratusan lagi cedera.
Semuanya berpunca daripada hujan lebat berterusan yang membuatkan paras air sungai melimpah, menolak mendapan dan bongkah-bongkah batu ke arah struktur bangunan dan jalan raya berdekatan.
Presiden Juan Manuel Santos yang membuat lawatan mengejut ke Mocoa untuk memantau keadaan telah mengisytiharkan status darurat bencana dan mengerahkan usaha pencarian digandakan.
"Kita akan lakukan apa saja untuk membantu mangsa. Kejadian ini memilukan saya," ujar Santos.
Penduduk tempatan meratapi impak kemusnahan akibat bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan kejiranan mereka. - Reuters
Penduduk tempatan meratapi impak kemusnahan akibat bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan kejiranan mereka. - Reuters
Pihak tentera dalam satu kenyataan memberitahu kira-kira 254 orang sudah ditemui terkorban, 400 cedera dan 200 lagi masih hilang. Lebih 1,000 anggota tentera dan polis terlibat dalam pencarian mangsa-mangsa tertimbus di 17 buah kejiranan.
Selain hujan lebat, skala impak bencana kali ini antara lain dipengaruhi keadaan landskap pergunungan dan binaan bangunan yang tiudak tersusun dan padat di lokasi terjejas, sekali gus menjadikan insiden di Mocoa jauh lebih teruk daripada bencana tanah runtuh padsa tahun 2015 di Salgar, Antioquia yang meragut nyawa kira-kira 80 orang.
Rekod tragedi tanah runtuh paling dahsyat di Colombia berlaku pada tahun 1985 di Armero yang mengorbankan lebih 20,000 mangsa.
Topic Berkaitan
#bencana alam
#Colombia
#maut
#presiden
#SAR
#tanah runtuh
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan