awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 flamingo mati dipercayai dilanggar pesawat Emirates

Agensi
Agensi
22/05/2024
07:00 MYT
Lebih 30 flamingo mati dipercayai dilanggar pesawat Emirates
Insiden berlaku ketika pesawat yang membawa 310 penumpang itu hendak mendarat di Lapangan Terbang Mumbai pada jam 9.18 malam Isnin lalu. -Foto X @HTMumbai
SEBUAH penerbangan Emirates dilapor melanggar sekawan burung flamingo, menyebabkan sekurang-kurangnya 36 ekor haiwan berkenaan mati.
Insiden berlaku ketika pesawat yang membawa 310 penumpang itu hendak mendarat di Lapangan Terbang Mumbai pada jam 9.18 malam Isnin lalu.
Media tempatan melaporkan pesawat berkenaan selamat mendarat di lapangan terbang tersebut.
Hindustan Times yang memetik kenyataan ketua pemuliharaan hutan, Rama Rao yang berkata pihaknya telah menggerakkan operasi bagi mengesan jumlah flamingo yang terjejas akibat insiden tersebut.
Laporan itu menambah, insiden berkenaan turut disahkan pihak berkuasa lapangan terbang.
Sementara itu, Pengasas Persatuan Resqink untuk Kebajikan Hidupan Liar (RAWW), Pawan Sharma berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada penduduk setempat berhubung kematian haiwan tersebut.
Jelasnya, bangkai haiwan tersebut telah dibawa untuk dibedah siasat bagi mengesan punca kematian, selain pihaknya sedang menyiasat bagaimana insiden berkenaan boleh berlaku.
Dalam perkembangan sama, portal Business Standard melaporkan jurucakap Emirates mengesahkan pesawat syarikat penerbangan tersebut terlibat dalam insiden berkenaan.
Menurut jurucakap itu, insiden melibatkan pesawat EK508 yang dalam penerbangan dari Dubai ke Mumbai.
"Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal tidak mengalami kecederaan.
"Namun malangnya beberapa flamingo telah terkorban dan Emirates bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai perkara itu,” kata jurucakap Emirates.
Berdasarkan statistik kerajaan, Lapangan Terbang Mumbai merekodkan lebih 600 kes kemalangan burung dan pesawat, dari Januari 2018 hingga Oktober 2023.
Topic Berkaitan
#Pesawat Emirates langgar flamingo
#Lapangan Terbang Mumbai
#RAWW
#Dubai ke Mumbai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan