MEKAH: Lebih 33.8 juta hidangan iftar telah diedarkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang Ramadan 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pengagihan itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah dan komitmennya dalam menyediakan suasana kerohanian yang bersepadu.
Advertisement
Operasi pengagihan iftar dijalankan di bawah sistem perkhidmatan bersepadu yang diselia oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dengan lokasi yang teratur serta piawaian kesihatan bagi memastikan pengagihan yang lancar dan selamat untuk jemaah serta pengunjung umrah, terutamanya semasa waktu puncak sebelum solat maghrib.
Usaha itu menunjukkan penyelarasan berkesan dalam pengurusan orang ramai dan perkhidmatan operasi, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan di dua masjid suci tersebut selaras dengan Visi Saudi 2030.
-- BERNAMA-SPA