awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata

Bernama
Bernama
28/01/2025
13:30 MYT
Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Trak berkenaan yang membawa air, kit kebersihan, rawatan kekurangan zat makanan, pakaian tebal, kanvas dan bantuan kemanusiaan kritikal lain, memasuki kawasan itu melalui pintu masuk di utara dan selatan Semenanjung Gaza serta diagihkan bersama rakan kerjasama kepada keluarga yang memerlukan, menurut kenyataan UNICEF yang dikeluarkan pada Ahad.
Lebih 2 juta penduduk di Semenanjung Gaza, separuh daripadanya kanak-kanak, menghadapi kekurangan teruk keperluan asas termasuk air bersih, sanitasi, makanan dan rawatan perubatan. Kerosakan infrastruktur adalah amat teruk, menyebabkan banyak sekolah, hospital dan rumah musnah.
"Pasukan kami bekerja tanpa henti untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan, terutamanya di kawasan yang sebelum ini tidak dapat dicapai kerana cabaran operasi atau sekatan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell.
"Pasukan UNICEF terus menemui dengan kanak-kanak yang berada dalam keadaan amat memerlukan. Gencatan senjata telah memberikan sedikit kelegaan, tetapi keluarga kembali ke kawasan yang telah musnah sepenuhnya. Kesan fizikal dan emosi amat mendalam."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#gencatan senjata
#UNICEF
#cabaran operasi
#trak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan