Skip to main content

Dunia

Lebih 40 cedera kereta api langgar penghadang

51513985429_spaintrain.jpg
51513985429_spaintrain.jpg

Advertisement

Sekurang-kurangnya 45  cedera dengan dua parah selepas kereta api melanggar penghadang di stesen kereta api Alcal de Henares berhampiran Madrid.

Kebanyakan yang cedera mengalami lebam dan trauma susulan impak pelanggaran tersebut.

Pengendali kereta api Renfe dalam kenyataan memaklumkan kemalangan berlaku selepas kereta api berkenaan tidak berhenti sepenuhnya dan melanggar penghadang di penghujung landasan.

"Kereta api terbabit berada di hentian terakhir dan bergerak perlahan sebelum kemalangan berlaku," kata kenyataan itu.

Tambahnya perkhidmatan kereta api diteruskan seperti biasa dengan beberapa laluan mengalami kelewatan.

Must Watch Video

Advertisement