Skip to main content

Dunia

Lebih 4.038 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia

51627119819_VACCINE.jpg
51627119819_VACCINE.jpg
Advertisement
LEBIH 4.038 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.6 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 456 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 343 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan lebih 85 juta dos dan Perancis lebih 70 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 67 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 19.5 juta dos, manakala Filipina lebih 19 juta dos diikuti Thailand lebih 17 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.


Must Watch Video

Advertisement