awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 60 atlet Rusia, Belarus dihalang sertai maraton Boston

Bernama
Bernama
08/04/2022
20:00 MYT
Lebih 60 atlet Rusia, Belarus dihalang sertai maraton Boston
Maraton Boston merupakan perlumbaan tertua di dunia yang kali pertama berlangsung pada 1897.
WASHINGTON: Seramai 63 atlet Rusia dan Belarus tidak dibenarkan menyertai acara maraton dan larian 5K Boston, menurut jurucakap badan penganjur pada Khamis.
Persatuan Olahraga Boston (B.A.A.) pada Rabu mengumumkan keputusan melarang atlet yang tinggal di Rusia dan Belarus daripada menyertai acara paling popular di dunia, yang akan berlangsung pada 18 April, lapor Sputnik.
Bagaimanapun, rakyat di kedua-dua negara yang tinggal di luar negara boleh menyertai acara itu dengan syarat tidak menggunakan bendera negara asal mereka.
Maraton Boston merupakan perlumbaan tertua di dunia yang kali pertama berlangsung pada 1897.
Lebih 30,000 atlet dijangka mengambil bahagian pada tahun ini.
Tiga atlet Rusia - Olga Markova, Svetlana Zakharova dan Lidya Grigoryeva - pernah menjuarai maraton itu masing-masing pada 1993, 2003 dan 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Belarus
#larian
#Boston
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan