Lebih 600 artifak Empayar British dicuri daripada koleksi muzium

Polis berkata sekumpulan empat lelaki yang belum dikenal pasti telah memasuki sebuah bangunan di Bristol antara 1 pagi dan 2 pagi pada 25 Sept. - Adobe Stock
LONDON: Lebih 600 artifak berkaitan Empayar British dan Komanwel telah dicuri daripada koleksi milik Muzium Bristol di United Kingdom (UK) kira-kira empat bulan lalu, lapor PA Media/dpa.
Polis berkata sekumpulan empat lelaki yang belum dikenal pasti telah memasuki sebuah bangunan di Bristol antara 1 pagi (0100 GMT) dan 2 pagi pada 25 Sept.
Polis, yang mengeluarkan imej CCTV empat individu yang sedang dikesan, berkata lebih 600 artifak dengan "pelbagai bentuk dan jenis" telah diambil oleh kumpulan pencuri itu.
Detektif Konstabel Dan Burgan, pegawai yang mengetuai siasatan, berkata: "Kecurian banyak artifak yang mempunyai nilai budaya yang signifikan merupakan satu kehilangan besar bagi bandar ini."
"Artifak-artifak ini, sebahagiannya adalah sumbangan, merupakan sebahagian daripada koleksi yang memberi gambaran tentang sejarah British yang berlapis-lapis, dan kami berharap orang ramai dapat membantu membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan."
Beliau menambah bahawa siasatan mereka setakat ini termasuk meneliti rakaman CCTV, melakukan pemeriksaan forensik dan menemu bual kakitangan muzium.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


