KABUL: Sekurang-kurangnya 6,148 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air mereka dari negara jiran, Pakistan dalam tempoh satu hari pada Ahad, lapor Suruhanjaya Tinggi Afghanistan bagi Menangani Masalah Kepulangan di sini pada Isnin, menurut Xinhua.
Kumpulan pelarian itu memasuki negara berkenaan melalui lintasan sempadan Torkham di wilayah timur Nangarhar dan lintasan sempadan Spin Boldak di wilayah selatan Kandahar, menurut suruhanjaya itu sambil menambah bahawa kesemua mereka menerima bantuan kerajaan yang diperlukan setibanya di pusat lintasan tersebut.
Advertisement
Pada hari yang sama, seramai 471 pelarian Afghanistan turut kembali dari negara jiran, Iran, tambahnya.
Kira-kira 2.8 juta pelarian Afghanistan pulang ke tanah air mereka pada 2025.
Lebih 6 juta pelarian Afghanistan masih menetap di Pakistan dan Iran selepas berdekad-dekad hidup dalam pelarian, dengan kedua-dua negara tuan rumah itu menggesa warga Afghanistan yang tidak mempunyai dokumen untuk pulang ke tanah air.
-- BERNAMA-XINHUA