awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 60,000 kanak-kanak terbunuh, cacat dalam konflik Israel-Palestin - UNICEF

Bernama
Bernama
07/10/2025
21:20 MYT
Lebih 60,000 kanak-kanak terbunuh, cacat dalam konflik Israel-Palestin - UNICEF
Kanak-kanak Palestin telah "menderita dari segi fizikal dan mental untuk tempoh yang terlalu lama," terus mengalami trauma dan "terdedah kepada kengerian yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak." - Gambar fail Reuters
GENEVA: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa berkata, dalam tempoh dua tahun sejak tercetusnya konflik Israel-Palestin, kira-kira 61,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cacat, lapor Xinhua.
Bercakap pada sidang media di Geneva, Switzerland, jurucakap UNICEF, Ricardo Pires berkata, secara purata, seorang kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap 17 minit sambil menyifatkan angka itu sebagai "tidak boleh diterima" dan "mengejutkan".
Pires menzahirkan rasa kesal terhadap hakikat bahawa kanak-kanak telah "menderita dari segi fizikal dan mental untuk tempoh yang terlalu lama," terus mengalami trauma dan "terdedah kepada kengerian yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak."
Beliau menyatakan bahawa di Gaza, seorang daripada lima bayi dilahirkan pramatang, namun wilayah itu kekurangan infrastruktur penting untuk memastikan kelangsungan hidup mereka, dengan adanya laporan bahawa kanak-kanak terpaksa berkongsi topeng oksigen untuk terus hidup.
UNICEF juga memaklumkan, pasukannya di Gaza masih menunggu kebenaran untuk membawa masuk inkubator dan ventilator bagi bayi pramatang yang dipindahkan dari utara Semenanjung Gaza.
"Kami telah berjaya memindahkan bayi-bayi itu ke kemudahan lain apabila hospital tempat mereka dirawat perlu dikosongkan, tetapi kami belum berjaya memindahkan inkubator... kebenaran masih belum diberikan," kata Pires.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Israel-Hamasa
#UNICEF
#Genosid Gaza
#kanak-kanak Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami