MOSCOW: Jumlah penduduk yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka di seluruh dunia akibat konflik dan penganiayaan meningkat dua kali ganda dalam satu dekad ini, dan mencapai lebih 82 juta orang pada 2020, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR) dalam laporan mengenai aliran perpindahan paksa global.
Menurut Sputnik, laporan itu telah dikeluarkan menjelang Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun, yang ditaja oleh PBB.
"Pada akhir 2020, jumlah orang yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka akibat penganiayaan, konflik, keganasan, pelanggaran hak asasi manusia dan peristiwa yang mengganggu ketenteraman awam telah meningkat kepada 82.4 juta, jumlah tertinggi yang dicatat berdasarkan data yang ada. Ini lebih banyak daripada gandaan angka satu dekad yang lalu (41 juta pada 2010), " kata agensi itu.
Akibatnya, lebih satu peratus populasi dunia - atau 1 daripada 95 orang - kini telah meninggalkan tempat tinggal mereka, kata agensi itu, menyebut pada 2010 anggaran ini adalah 1 daripada 159.
Lebih 26 juta orang yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka dianggap sebagai pelarian, kata PBB, sambil menambah hampir satu juta kanak-kanak dilahirkan sebagai pelarian dalam tempoh antara 2018 dan 2020.
Penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka walaupun PBB mendesak untuk gencatan senjata global berikutan pandemik pada Mac 2020, kata agensi itu, sambil menambah tahun lalu akan sentiasa dikenang sebagai "tahun yang sukar".
"Pandemik COVID-19 telah mengganggu semua aspek kehidupan, menyebabkan berjuta-juta kematian di seluruh dunia dan menyebabkan penderitaan manusia, kemelesetan ekonomi, sekatan pergerakan manusia dan membataskan kehidupan seharian," kata laporan itu.
Turki kekal sebagai negara dengan populasi pelarian terbesar di dunia - 3.7 juta, diikuti Colombia, Pakistan, Uganda dan Jerman, menurut laporan itu.
Enam puluh lapan peratus daripada semua pelarian berasal dari hanya lima negara - Syria, Venezuela, Afghanistan, Sudan Selatan dan Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021
Lebih 26 juta orang yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka dianggap sebagai pelarian, sementara hampir satu juta kanak-kanak dilahirkan sebagai pelarian dalam tempoh antara 2018 dan 2020. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
Iran pilih keamanan tetapi sedia untuk sebarang senario - Menteri Luar
"Perluasan konflik di rantau ini adalah ancaman serius; kami menyokong keamanan, tetapi kami juga bersedia untuk sebarang senario."
Keadaan di Laut China Selatan terkawal, tiada unsur agresif terhadap Malaysia - Panglima TLDM
Setakat ini tiada situasi tegang atau agresif tercetus antara TLDM dengan pasukan keselamatan negara lain termasuk kapal Pengawal Pantai China (CSG).
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah
Turk merayu semua Negara bertindak tegas mencegah konflik yang lebih luas di Timur Tengah dengan akibat yang berpotensi memusnahkan orang awam.
PBB kecam perluasan konflik di Asia Barat
Ketegangan yang berlaku akibat peningkatan demi peningkatan konflik perlu dihentikan segera dan gencatan senjata sangat diperlukan.
'AS tahu mereka terlibat dalam konflik di Asia Barat' - Khamenei
Ayatollah berkata, dalam peperangan yang berlaku, musuh-musuh zalim yang dilengkapi sumber ketenteraan terbaik disokong negara itu.
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan selepas letupan peranti maut
Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi.
Malaysia kekal tegas tangani isu Laut China Selatan secara dialog, perbincangan
Jika ada konflik atau isu berbangkit di kawasan terlibat, Malaysia akan guna kaedah perbincangan, diplomasi dan dialog bagi penyelesaian masalah.