awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih baik satu pelitup muka yang sesuai, berbanding dua pelitup muka - Anthony Fauci

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2021
23:58 MYT
Lebih baik satu pelitup muka yang sesuai, berbanding dua pelitup muka - Anthony Fauci
Fauci turut memberi peringatan walaupun individu telah divaksin sepenuhnya, pemakaian pelitup muka masih tetap diperlukan. - Gambar fail REUTERS
PAKAR penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci berkata, memakai pelitup muka yang sesuai dengan bentuk dan ukuran muka seseorang adalah lebih baik.
Kenyataan itu susulan penyelidik Amerika Syarikat mendapati, memakai dua pelitup muka boleh melambatkan penularan COVID-19.
"Kesesuaian dari segi bentuk dan ukuran adalah lebih baik," katanya ketika diwawancara sebuah stesen televisyen pada Khamis.
"Sekiranya anda memakai pelitup muka pembedahan dan kemudian memakai pelitup muka fabrik di atasnya, masih ada bahagian yang aerosol boleh masuk, jadi lebih baik guna pelitup muka yang elok muat.
COVID-19 | Pelitup muka dengan bentuk & ukuran tepat lebih baik
"Sekurang-kurangnya satu pelitup muka jenis dua lapisan sudah memadai. Tetapi jika anda mahu lebih lagi, cuma perlu guna pelitup muka dengan bentuk dan ukuran yang tepat," kata Dr Fauci.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Rabu melaporkan hasil ujian makmal mengenai jumlah zarah yang dikeluarkan kemudiannya udara itu dihidu individu lain.
Para penyelidik mendapati, memakai satu pelitup muka pembedahan atau material kain menyekat sekitar 40% zarah sebelum pernafasan berlaku.
Apabila pelitup muka kain dipakai di atas pelitup muka pembedahan, kadar sekatan meningkat kepada 80 peratus.
Apabila digandakan kedua-duanya, lebih 95 peratus zarah koronavirus dapat disekat.
Dr Fauci turut memberi peringatan walaupun individu telah divaksin sepenuhnya, pemakaian pelitup muka masih tetap diperlukan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anthony Fauci
#COVID-19
#koronavirus
#penyakit berjangkit
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan