awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih dua juta penduduk Gaza kini tiada sumber pendapatan - WFP

Bernama
Bernama
20/04/2025
10:34 MYT
Lebih dua juta penduduk Gaza kini tiada sumber pendapatan - WFP
WFP menzahirkan kegusaran terhadap kejatuhan mendadak stok makanan dan memberi amaran bahawa rantau itu berada di ambang bencana kemanusiaan yang besar. - AP
ROM: Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, dengan hampir dua juta penduduk -- kebanyakannya pelarian -- kini hidup tanpa sebarang sumber pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan makanan asas.
WFP menyuarakan kebimbangan terhadap bahaya yang semakin meningkat kepada ratusan ribu penduduk Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Agensi itu menzahirkan kegusaran terhadap kejatuhan mendadak stok makanan dan memberi amaran bahawa rantau itu berada di ambang bencana kemanusiaan yang besar.
WFP menegaskan situasi kritikal itu ditambah dengan penutupan berterusan lintasan sempadan oleh Israel, menghalang penghantaran bekalan makanan penting ke wilayah yang dikepung itu.
Agensi itu menegaskan bahawa Gaza amat memerlukan sumber makanan yang berterusan dan tidak terganggu bagi mengelakkan sistem keselamatan makanan runtuh.
WFP turut memberi amaran tentang kesan buruk yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berlarutan, dengan menekankan bahawa penduduk awam Palestin di Gaza sudah pun berdepan situasi kemanusiaan yang amat kritikal, termasuk kekurangan sumber asas untuk kelangsungan hidup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program makanan sedunia
#PBB
#WFP
#krisis kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#genosid
#stok makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan