awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legasi Biden: Keyakinan yang ingin disemai akhirnya makan diri

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2024
23:30 MYT
Legasi Biden: Keyakinan yang ingin disemai akhirnya makan diri
Perkembangan dalam tempoh tiga minggu ini membawa kepada penyingkiran yang tidak diduga Biden, namun anggota Demokrat merasakan ia perlu bagi meningkatkan peluang mereka untuk menang November ini. - Foto X/Barack Obama
WASHINGTON: Ketika duduk di Oval Office di meja ikonik Resolute pada tahun 2022, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menceritakan tentang cabaran memimpin sebuah negara yang mengalami trauma psikologi.
Amerika Syarikat, seperti negara lain di seluruh dunia, berdepan pandemik yang mengubah kehidupan secara keseluruhan.
AS menghadapi inflasi buruk pasca pandemik dan juga konflik global selepas Rusia menyerang Ukraine, selain ancaman berterusan terhadap demokrasi yang dirasai dari Donald Trump.
Bagaimana Biden mampu menyembuhkan trauma kolektif itu?
"Sentiasa yakin pada diri sendiri," katanya dalam satu temu bual bersama The Associated Press.
"Sentiasa yakin pada diri sendiri. Kerana saya yakin pada diri sendiri," ujarnya lagi.
Namun dalam tempoh masa dua tahun kemudian, keyakinan yang Biden harapkan dari rakyat AS secara keseluruhannya semakin berkurangan.
Presiden berusia 81 tahun itu memaparkan prestasi buruk dalam sesi debat menentang bekas Presiden Donald Trump pada 27 Jun.
Selepas mendapat tekanan dari anggota partinya sendiri, Biden akhirnya mengumumkan beliau akan berundur daripada persaingan pemilihan semula.
Umum melihat sendiri bagaimana Biden bergelut dalam sesi debat itu, dan kesannya anggota Kongres Demokrat secara terbuka mendesak beliau untuk menamatkan kempennya.
Beliau juga tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak diuji positif COVID-19 minggu lalu dan menjalani kuarantin di rumahnya di Pantai Rehoboth, Delaware.
Perkembangan dalam tempoh tiga minggu ini membawa kepada penyingkiran yang tidak diduga Biden, namun anggota Demokrat merasakan ia perlu bagi meningkatkan peluang mereka untuk menang November ini.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Donald Trump
#pencalonan semula
#pemilihan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan