awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bakar diri bantah dasar pertahanan Jepun

DPA
DPA
12/11/2014
06:02 MYT
Lelaki bakar diri bantah dasar pertahanan Jepun
Lelaki itu disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital. - Gambar Hiasan
Seorang lelaki di Tokyo mati selepas membakar dirinya sendiri sebagai membantah langkah pentadbiran Perdana Menteri Shinzo Abe beralih daripada pasifisme atau fahaman menolak peperangan, lapor media di Jepun pada Rabu.
Lelaki itu membakar dirinya di Taman Hibiya di tengah Tokyo pada Selasa malam apabila polis tiba di tempat kejadian, lapor stesen penyiaran NHK yang memetik kenyataan pegawai polis.
Lelaki itu disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital.
Polis menemui sebuah kamera video dan sepucuk surat kepada perdana menteri dan speaker kedua-dua dewan di Parlimen yang membantah semakan menyeluruh terhadap dasar pertahanan Jepun.
Kerajaan Abe pada Julai lepas memutuskan untuk membenarkan penggunaan lebih luas penglibatan ketenteraan di luar negara dengan mentafsir semula perlembagaan negara itu yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan itu mendapat bantahan keras daripada rakyat.
Artikel 9 perlembagaan itu melarang penggunaan kekerasan untuk penyelesaian pertikaian antarabangsa. -- dpa
Topic Berkaitan
#bakar
#Jepun
#NHK
#Shinzo Abe
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan