awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bersenjata pisau bunuh dua orang, cederakan 18

Agensi
Agensi
29/05/2017
04:00 MYT
Lelaki bersenjata pisau bunuh dua orang, cederakan 18
Sejak kebelakangan ini, kejadian serangan menggunakan pisau dan kapak semakin menjadi-jadi di China, kebanyakannya mensasarkan kanak-kanak. - Gambar hiasan
Seorang lelaki bersenjata telah membunuh dua orang dan mencederakan 18 orang di Guizhou, China.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, lelaki yang menggunakan sebilah pisau untuk melakukan perbuatan tersebut, disyaki menghidapi sakit mental.
Kira-kira 20 orang dikejarkan ke hospital ekoran kejadian tersebut, di mana dua daripada mereka meninggal dunia.
Butir-butir mengenai mangsa tidak dimaklumkan.
Lelaki yang berumur 30 tahun itu kini berada di bawah tahanan polis dan kes tersebut sedang disiasat.
Ayah kepada lelaki berkenaan berkata anaknya mempunyai sejarah penyakit mental.
Jenayah ganas seumpama ini agak jarang berlaku di China, berbanding dengan negara lain.
Namun demikian, sejak kebelakangan ini, kejadian serangan menggunakan pisau dan kapak semakin menjadi-jadi, di mana kebanyakannya mensasarkan kanak-kanak.
Pada Januari, seorang lelaki telah mencederakan 11 kanak-kanak dengan bilah mata pisau di sebuah tadika di Guangxi.
Pada November tahun lepas pula, tujuh kanak-kanak telah dicederakan oleh seorang lelaki yang menggunakan pisau.
Topic Berkaitan
#bunuh
#cedera
#China
#Kanak-kanak
#pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan