CERITA lelaki ini cukup unik.
Tatkala, Ukraine masih dibedil secara bertubi-tubi oleh bala tentera Rusia, lelaki ini pula sanggup bersabung nyawa menjelajah ke setiap pelusuk Ukraine untuk menyelamatkan seekor singa dan serigala dari sebuah zoo di Kiev.
Tim Locks yang merupakan seorang veteran perang Britain dan pernah berkhidmat di Iraq, bersama seorang rakan karibnya memandu sejauh 1,200 batu dari Lviv ke Zaporizhia Oblast untuk menyelamatkan “Simba” dan “Akela”.
Locks dilaporkan berada di Ukraine untuk mengagih barangan kemanusiaan kepada rakyat di sana.
Ketika diselamatkan, Akela dan Simba dikurung di dalam sangkar masing-masing manakala Locks dan rakannya fokus untuk memastikan misi menyelamatnya termasuk memandu sejauh beribu batu untuk membawa kedua-dua binatang itu ke tempat perlindungan yang lebih selamat dan selesa.
Perjalanan Locks dan rakannya, Jonathan Weaving dengan, lapor portal Dailymail, United Kingdom, memandu Akela dan Simba ke sebuah zoo di bandar Radauti, Romania.
Mereka juga terpaksa mengharungi beberapa pos pemeriksaan (checkpoint) tentera Moscow, namun mereka tidak pernah berdepan sebarang cabaran.
Locks yang sering memuat naik misi "kemanusiaan" mereka di laman sosialnya mendapat perhatian masyarakat sivil dari seluruh dunia. Ramai yang memuji keberaniannya melabelnya seorang hero yang prihatin terhadap hidupan liar yang diselamatkannya itu tanpa mengira nyawanya sendiri.
Menurut Locks, cabaran terbesar adalah apabila mereka terpaksa memecut untuk mengelak dari sekatan atau curfew hanya dalam tempoh 35 minit!
BACA SEMUA BERHUBUNG KRISIS UKRAINE DAN RUSIA DI SINI
Di pos pemeriksaan, Locks memberitahu askar-askar Moscow yang mereka membawa kargo yang berisi singa dan serigala, dan seringkali mendapat reaksi berbeza dari pihak Rusia yang sedang bertugas.
"Kami bersyukur dapat menyelamatkan Akela dan Simba dan seringkali askar-askar Rusia bertanya bagaimana kami mampu melakukannya," kata Locks.
Di Romania, katanya, zoo yang menjadi habitat baharu Akela dan Simba adalah sebuah zoo yang selesa.
"Simba dan Akela telah menemui sebuah rumah baharu dan mereka nampak gembira di sana," kata Locks.
Ini bukan kali pertama, Locks, 45, pernah berkorban untuk menyelamatkan mangsa perang.
Pada tahun 2016, dia menjual semua barang peribadinya, menutup syarikat pembinaan yang diusahakannya untuk membantu mangsa kekejaman kumpulan Daesh.
Agensi
Mon Mar 28 2022
Locks dilihat di sini meninjau keadaan Simba di sebuah zoo di Romania. - Sumber foto FB Tim Locks
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Malaysia bawa keluar 11 rakyat dari Ukraine
Wisma Putra telah menghubungi kesemua 11 rakyat Malaysia di negara itu dan mendapati mereka berada dalam keadaan selamat.