Mahkamah jenayah Thailand pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada seorang lelaki berikutan komennya di Facebook yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada raja di negara berkenaan.
Piya Jal Kittipan, 46, ditahan pada Disember 2014, iaitu lapan bulan selepas pemerintahan tentera mengambil alih kuasa pentadbiran di Negara Gajah Putih itu.
Undang-undang ketat Thailand melihatkan bahawa ia merupakan satu jenayah untuk memfitnah, menghina atau mengancam raja, ratu, pewaris takhta atau pemangku raja.
Kerajaan tentera turut meningkatkan pendakwaan bagi mereka yang dituduh membuat fitnah, dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.
Piya didapati bersalah pada Rabu selepas melanggar undang-undang negara berkenaan, iaitu Akta Jenayah Komputer kerna memuat naik dua gambar bermesej di Facebook, dengan menghina Raja Bhumibol Adulyadej, 88.
Bagi kumpulan hak asasi, hukuman penjara tersebut dilihat sebagai satu hukuman yang sangat berat bagi kesalahan yang dilakukan.
"Itu hukuman paling lama mahkamah awam pernah jatuhkan atas satu tuduhan kesalahan menghina kedaulatan negara," kata kumpulan hak asasi manusia Thai, iLAW dalam satu kenyataan.
Raja Bhumibol berada di hospital sejak Mei tahun lalu, bagi menerima rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.
Baginda merupakan raja paling lama bertakhta dalam sejarah dunia.
Kegusaran terhadap kesihatan dan pengganti baginda, telah menyebabkan krisis politik sedekad di Thailand.
Reuters
Wed Jan 20 2016
Undang-undang Thailand amat tegas dalam menangani kes-kes melibatkan penghinaan terhadap raja dan kedaulatan negara. - Gambar hiasan
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Siapa Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Dinasti Chakri?
Beliau merupakan anak lelaki tunggal dan menjadi Putera Mahkota pada 1972, pada usia 20 tahun. Kini beliau berusia 66 tahun.
Majlis pemahkotaan Raja Vajiralongkorn
Negara gajah putih itu akan menyaksikan Majlis Pemahkotaan Raja Maja Vajiralongkorn sebagai Raja Thailand yang baharu.
Kemangkatan Raja Bhumibol: Hishammuddin ucap takziah di Kedutaan Besar Diraja Thai
Datuk Seri Hishammuddin menandatangani buku ucapan takziah di Kedutaan Besar Diraja Thailand di Jalan Ampang hari ini.
Maha Vajiralongkorn: Putera Mahkota, tentera dan juruterbang jet pejuang terlatih
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn telah dididik untuk menaiki takhta sejak hari pertama baginda dimasyhurkan sebagai pengganti raja pada 28 Dis, 1972, ketika berusia 20 tahun.
Datuk Seri Najib ucap takziah atas kemangkatan Raja Bhumibol
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari ini.
Lelaki dihukum penjara enam tahun kerana hina raja Thailand
Mahkamah jenayah Thailand pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada seorang lelaki kerana menghina raja.
Kabinet Thai akan dirombak - PM
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha berkata beliau telahpun memohon perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej untuk melakukan rombakan Kabinet.