awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London

Bernama
Bernama
24/11/2024
15:18 MYT
Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad. - Foto hiasan
LONDON: Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad, kata polis.
Menurut Agensi Anadolu, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke jambatan ikonik itu sekitar 10:45 pagi susulan laporan mengenai pergaduhan.
Setibanya di lokasi, pegawai menemukan seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah akibat ditikam. Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan kini dalam keadaan kritikal.
Polis Metropolitan menangkap tiga individu kerana disyaki terbabit dalam cubaan membunuh dan seorang lagi kerana disyaki melakukan kekecohan.
Dua daripada suspek mendapat rawatan di hospital akibat kecederaan ringan di muka yang dialami semasa insiden itu.
Pihak berkuasa tidak menganggap serangan itu berkaitan dengan keganasan.
Jambatan Westminster ditutup sementara bagi membolehkan polis meneruskan siasatan mereka, menyebabkan gangguan besar di kawasan itu.
Butiran lanjut mengenai kejadian masih belum didedahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ditikam
#Jambatan Westminster
#London
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan