awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Thailand ditahan disyaki terbabit pemerdagangan migran Myanmar ke Malaysia

Bernama
Bernama
19/02/2022
15:29 MYT
Lelaki Thailand ditahan disyaki terbabit pemerdagangan migran Myanmar ke Malaysia
Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan penguat kuasa melibatkan polis dan tentera, di sebuah rumah di Padang Besar, Sadao. - Gambar hiasan
SONGKHLA (Thailand): Seorang lelaki warga Thailand yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam pemerdagangan migran dari Myanmar ke Malaysia ditahan di Sadao, Songkhla, hari ini.
Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan penguat kuasa melibatkan polis dan tentera, di sebuah rumah di Padang Besar, Sadao.
Bangkok Post melaporkan, hasil siasatan mendapati suspek bertindak sebagai orang tengah untuk menghantar pendatang Myanmar bekerja di Malaysia.
Waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah wilayah Na Thawi kerana suspek disyaki bersubahat dalam pemerdagangan migran.
Turut dirampas dalam serbuan itu, sepucuk pistol .22 dan 33 butir peluru serta sebuah trak pikap.
Tangkapan itu susulan siasatan yang dilakukan terhadap sekumpulan 31 migran Myanmar, termasuk enam wanita yang ditahan di ladang getah berhampiran sempadan Thailand-Malaysia di daerah Sadao pada 20 Jan.
Siasatan lanjut mendapati migran yang ditahan itu dalam perjalanan dari Myawaddy di Myanmar dan mahu memasuki Malaysia untuk bekerja.
Mereka masuk ke Thailand melalui jalan tikus menuju ke daerah Mae Sot di wilayah Tak, dan kemudian dibawa dengan trak pikap ke Hat Yai di Songkhla sebelum menyeberang ke Malaysia, juga melalui jalan tikus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki Thailand
#Myanmar
#pemerdagangan migran
#Malaysia
#Sadao
#Songkhla
#padang besar
#Sadap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan