awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepas perang mulut, bapa mentua tetak jari menantu hingga putus

Gempak
Gempak
27/08/2023
05:13 MYT
Lepas perang mulut, bapa mentua tetak jari menantu hingga putus
Kejadian berlaku selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyinggung perasaan menantunya yang tidak mempunyai pekerjaan. -Gambar hiasan/Gempak
MAKASSAR: Seorang lelaki asal Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia bertindak memotong jari tangan menantunya sehingga putus selepas bertikam lidah dalam keadaan mabuk.
Memetik DetikSumut, kejadian berlaku selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyinggung perasaan menantunya yang tidak mempunyai pekerjaan.
“Tidak kerja dan tidak boleh bagi makan,” ujar Ketua Hubungan Awam Polis Makassar.
Mangsa yang mendengar tuduhan itu memberi respon kepada si pelaku. Disebabkan hal berkenaan, pertelingkahan berlaku.
“Mangsa pada waktu membalas tuduhan berkenaan dan bertanya siapakah yang dia telah singgung,” katanya.
Pelaku kemudian mengambil parang di bawah katil dan menetak jari kiri mangsa hingga putus.
Bahagian jari manis pula mengalami luka terkoyak.
"Jari tengah kiri mangsa terputus serta luka robek pada jari manis," jelasnya.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bhayangkara Makassar.
Polis yang menerima laporan kemudian menahan pelaku tidak lama selepas kejadian itu.
“Sekitar jam 9.40 malam, pelaku berjaya ditahan di Jalan Malengkeri Raya dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tamalate,” katanya lagi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Indonesia
#bapa mentua
#tetak jari menantu
#Hospital Bhayangkara Makassar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan