awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan lombong di China: Bekalan makanan, ubatan berjaya disalurkan

Agensi
Agensi
19/01/2021
08:26 MYT
Letupan lombong di China: Bekalan makanan, ubatan berjaya disalurkan
Operasi menyelamat 22 pekerja yang terperangkap selepas kejadian letupan sebuah lombong emas di China diteruskan pada Selasa. - AP
JIANGSU:Operasi menyelamat 22 pekerja yang terperangkap selepas kejadian letupan sebuah lombong emas di China diteruskan pada Selasa.
Terbaru, pasukan penyelamat berjaya menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada kesemua mangsa yang terperangkap sejak seminggu lalu.
Pada masa sama, mereka berusaha menghubungi telefon mangsa di lokasi kejadian.
Menurut Datu Bandar Yantai, Chen Fai, setakat ini, sekurang-kurang 12 pekerja disahkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, nasib 10 lagi pekerja belum diketahui.
BACA: Letupan lombong emas di China, 12 disahkan masih selamat
Ketika ini, kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan menggerudi bongkah batu yang merintangi jalan keluar dan masuk di lombong berkenaan.
Pada masa sama, nota yang ditulis pekerja yang masih hidup menyatakan, mereka kini terdedah dengan bahaya gas toksik dan paras air yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, nota itu juga menyebut, pasukan penyelamat diharap tidak berputus asa untuk menyelamatkan mereka.
Dalam insiden mengejutkan pada 10 Januari lalu, lombong emas yang terletak di Qixia itu masih dalam pembinaan semasa letupan berlaku.
Susulan itu, seorang pengurus lombong ditahan untuk siasatan kerana lambat memaklumkan tentang kejadian.
Insiden pekerja terperangkap di dalam lombong kerap berlaku di China, dan banyak pihak menuntut negara itu meningkatkan aspek pemantauan dan keselamatan di lokasi berkenaan.
Topic Berkaitan
#letupan
#lombong
#mangsa
#China
#operasi
#menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan