awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan lombong emas di China, 12 disahkan masih selamat

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
07:41 MYT
Letupan lombong emas di China, 12 disahkan masih selamat
Pihak berkuasa China mengesahkan 12 daripada 22 pekerja yang terperangkap selepas sebuah lombong emas meletup di Yantai, Wilayah Shandong, masih selamat. - Foto AP
SHANDONG:Pihak berkuasa China mengesahkan 12 daripada 22 pekerja yang terperangkap selepas sebuah lombong emas meletup di Yantai, Wilayah Shandong, masih selamat.
Ketika ini, ratusan pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kesemua mangsa.
Keadaan 10 lagi pekerja bagaimanapun belum diketahui.
Media tempatan dalam pada itu turut mendedahkan usaha mengeluarkan kesemua mangsa pada malam Ahad.
Pihak berkuasa setakat ini berkomunikasi melalui nota yang ditulis mangsa dan dibawa keluar melalui kabel besi yang disalurkan ke dalam lombong berkenaan.
Nota itu menyatakan 12 pelombong cedera dan keadaan 10 individu lagi merosot susulan kekurangan oksigen serta lombong dimasuki air.
Letupan lombong yang terletak di Qxia itu berlaku pada 11 Januari lalu dan masih dalam proses pembinaan semasa kejadian.
Susulan kejadian, pengurus lombong ditahan kerana menunggu sehingga lebih 24 jam untuk membuat laporan mengenai letupan.
Ia berikutan mengikut peraturan, kejadian letupan perlu dilaporkan dalam tempoh sejam.
Topic Berkaitan
#letupan
#lombong
#sepuluh
#masih
#selamat
#China
#Shandong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan