Presiden Rusia Vladimir Putin berkata kerajaan mempertimbangkan semua kemungkinan berhubung letupan sistem metro St Petersburg, termasuk serangan pengganas.

“Saya sudah bercakap dengan ketua perkhidmatan khas kami, mereka sedang berusaha mendapatkan maklumat berkenaan letupan itu,” kata Putin yang dalam satu mesyuarat bersama Presiden Belarus Alexander Lukashenko.

BACA: 10 maut dalam letupan di stesen kereta api St Petersburg

“Punca letupan masih belum jelas, masih terlalu awal. Kami akan lihat semua kemungkinan, (termasuk) serangan pengganas serta penjenayah,” tambahnya.