awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Arab sambut baik pengiktirafan Armenia terhadap negara Palestin

Bernama
Bernama
23/06/2024
04:30 MYT
Liga Arab sambut baik pengiktirafan Armenia terhadap negara Palestin
Aboul Gheit menyifatkan keputusan Armenia sebagai berani, mencerminkan pendirian negara sahabat itu di pihak yang benar dalam sejarah. -Gambar fail/Reuters
KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menyambut baik pengumuman Armenia mengiktiraf Negara Palestin secara rasmi, menganggap pengiktirafan itu sebagai langkah penting ke arah merealisasikan Negara Palestin berdasarkan sempadan 4 Jun 1967.
Aboul Gheit menyifatkan keputusan Armenia sebagai berani, mencerminkan pendirian negara sahabat itu di pihak yang benar dalam sejarah, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Beliau berkata peningkatan pengiktirafan terhadap Negara Palestin mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat antarabangsa tentang kemustahilan untuk meneruskan pendudukan dan keperluan untuk melaksanakan penyelesaian dua negara.
Beliau juga menyeru negara-negara yang belum mengambil langkah berkenaan untuk membuat keputusan yang betul dari segi moral, undang-undang dan politik untuk mengiktiraf Negara Palestin secepat mungkin, menganggap langkah itu sebagai aspek untuk merealisasikan penyelesaian dua negara dan sumbangan tulen untuk mencapai keamanan dan menamatkan pendudukan.
Saudi Press Agency (SPA) pada Sabtu melaporkan bahawa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik pengiktirafan Armenia terhadap negara Palestin, menganggapnya sebagai langkah penting ke arah mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Arab
#Ahmed Aboul Gheit
#Armenia
#iktiraf Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan