awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme

Bernama
Bernama
11/04/2021
02:43 MYT
Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme
Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung MWL. - Gambar fail REUTERS
RIYADH: Liga Dunia Islam (MWL) komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam menangani isu terorisme, kata Setiausaha Agungnya Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa.
Al-Issa berkata kerjasama itu akan tertumpu kepada perkongsian kepakaran deradikalisasi dan memerangi ancaman pemikiran terorisme.
"Kumpulan pengganas sering memburukkan imej agama Islam dan mengancam keselamatan Islam dan penganutnya.
"MWL dan Malaysia menerusi pejabat Menteri Hal Ehwal Agamanya akan meneruskan kerjasama memerangi golongan ini bagi memastikan imej Islam dapat dijaga dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas pertemuan empat mata dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat MWL di sini pada Sabtu.
Zulkifli kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini atas jemputan MWL.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu, mereka turut berbincang tentang kerjasama hal ehwal Islam yang menumpukan pelbagai aspek termasuk dakwah serta saling bertukar pandangan dan pengalaman di antara kedua-dua pihak.
Al-Issa turut memuji Malaysia dalam menguruskan keharmonian agama dan pelbagai etnik serta melihat ia mampu menjadi contoh kepada negara lain.
"Malaysia dikagumi dan layak menjadi model negara yang mengamalkan wasatiyah persefahaman antara negara dan meraikan kepelbagaian agama yang membentuk masyarakat majmuk di negara ini," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri)
MWL yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah, berperanan memperjelaskan mesej sebenar Islam dengan nilai-nilai kesederhanaan, keamanan dan toleransi.
Sementara itu, Zulkifli berkata kerjasama dengan MWL selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kunjungannya ke Arab Saudi Mac lepas.
"Saya lihat hubungan Malaysia dan WML sudah begitu lama...hampir setiap tahun kita hantar para mufti, pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan tokoh ulama untuk menyertai muktamar yang dianjurkan mereka.
"Apa yang saya lihat dalam pertemuan ini ialah satu bentuk kerjasama yang mungkin dapat kita lakukan dengan lebih tersusun terutama bantuan kepada mereka yang memerlukan, selain dakwah dan manhaj wasatiyah," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohammad Abdul Karim Al-Issa
#MWL
#Liga Dunia Islam
#pengganas
#Imej Islam
#ancam keselamatan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#terorisme
#wasatiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan