awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima cedera dalam insiden kereta api bertembung di Machu Picchu

Bernama
Bernama
01/08/2018
03:40 MYT
Lima cedera dalam insiden kereta api bertembung di Machu Picchu
Penumpang melihat keadaan dua kereta api yang terlibat dalam kemalangan di Cuzco, Peru, 31 Julai, 2018. (Andina News Agency via AP)
Dua kereta api yang membawa pelancong ke kota purba terkenal Peru, Machu Picchu, bertembung pada awal Selasa menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dengan dua daripada mereka kritikal, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.
Nahas di sepanjang laluan kereta api yang menghubungkan pekan Cuzco dengan tapak arkeologi Inca itu berlaku pada kira-kira 10.20 pagi waktu tempatan "apabila kereta api milik Inca Rail merempuh kereta api milik PeruRail," laporan agensi berita rasmi Andina di laman sesawangnya.
Kereta api pertama telah berhenti tanpa mengikut jadual "kerana sekumpulan pelancong tempatan mengadakan tunjuk perasaan dan menghalang laluan kereta api," menurut seorang penumpang.
Andina melaporkan bahawa sumber polis memaklumkan kumpulan penunjuk perasaan itu, yang terdiri daripada 30 orang, marah kerana tidak dapat membeli tiket untuk ke tapak arkeologi.
"Kami telah dihentikan selama kira-kira sejam. Kemudian penunjuk perasaan bersurai, kereta api meneruskan perjalanan dan selepas lima minit, kami merasakan impak kuat dari bahagian belakang (kereta api)," katanya.
Dua penumpang yang cedera parah telah dipindahkan ke Cuzco.
Setiap hari, kira-kira 2,500 pelancong tempatan dan antarabangsa berkunjung ke Machu Picchu, sebuah tapak Warisan Dunia yang disenaraikan UNESCO serta terletak di wilayah pergunungan Andean di selatan Peru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cusco
#Cuzco
#kemalangan
#kereta api
#Machu Picchu
#Nahas
#Penunjuk perasaan
#Peru
#tapak arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan