BUFFALO:Lima individu cedera dalam kejadian tembakan di sebuah klinik di Minnesota, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, seorang lelaki berusia 67 tahun turut diberkas susulan kejadian tersebut.

Kesemua mangsa telah di kejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas insiden itu yang berlaku di Klinik Kesihatan Allina, Buffalo, kira-kira 64 kilometer di utara Minneapolis.

President Kesihatan Buffalo, Kelly Sprat berkata, beliau tidak mengetahui keadaan kesemua mangsa ketika ini.

Suspek dikenal pasti sebagai Gregory Paul Ulrich dan menurut Ketua Polis Daerah Wright, Sean Deringer, dia pernah dikehendaki polis sebelum ini.

"Kami menerima pelbagai panggilan yang melibatkan suspek sejak dari tahun 2003 lagi," kata Deringer.

Ketua Polis Buffalo, Pat Budke memaklumkan, serangan tersebut tiada kaitan dengan keganasan, namun beliau tidak mengulas lanjut.