Skip to main content
Advertisement

Politik

PRN Melaka: BN, MCA sudah leraikan kebuntuan agihan kerusi - Ab Rauf

Mengulas kenyataan Ka Siong yang belum menganggap perbincangan itu mencapai hasil positif, Ab Rauf berpandangan, perbincangan berkenaan berjalan dengan baik. - Astro AWANI
Mengulas kenyataan Ka Siong yang belum menganggap perbincangan itu mencapai hasil positif, Ab Rauf berpandangan, perbincangan berkenaan berjalan dengan baik. - Astro AWANI

Advertisement

MASJID TANAH: Barisan Nasional (BN) Melaka dan MCA telah meleraikan kebuntuan berhubung isu agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menerusi perbincangan yang berlangsung malam tadi.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perbincangan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong itu menunjukkan perkembangan positif.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan hasil rundingan berkenaan akan diumumkan oleh MCA sendiri.

“Kita dapat meleraikan kebuntuan yang selama ini menimbulkan (masalah). Kita tunggu MCA sendiri nanti yang mungkin akan memberikan hasil daripada rundingan yang telah saya bincang dengan beliau malam tadi,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan jentera pilihan raya BN bagi Parlimen Masjid Tanah di sini, malam ini.

Mengulas kenyataan Ka Siong yang belum menganggap perbincangan itu mencapai hasil positif, Ab Rauf berpandangan, perbincangan berkenaan berjalan dengan baik.

“Bagi saya, positiflah perbincangan itu.

"Nanti tunggu, apa yang dibincangkan. Tak bolehlah beritahu dulu,” katanya lagi, menjawab pertanyaan wartawan tentang kesepakatan persetujuan agihan kerusi. 

Ab Rauf menambah, keputusan selanjutnya akan dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi.

Terdahulu, Ka Siong dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan kedua-dua pihak perlu meneruskan perbincangan bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan, dengan harapan satu titik persetujuan dapat dicapai dalam tempoh satu atau dua hari lagi. 

Must Watch Video

Advertisement