Sekurang-kurangnya lima maut dalam ribut yang melanda timur laut Amerika Syarikat pada Jumaat.

Ribut berkenaan, dengan kelajuan angin 129 kilometer sejam, turut menyebabkan beberapa jalan utama di Boston dinaiki air selain beberapa penerbangan serta perkhidmatan kereta api terjejas.

Hampir 1.7 juta kediaman dan perniagaan terputus belakan api selepas ribut itu melanda kawasan pantai timur negara itu dari Virginia ke Maine.

Pejabat kerajaan di Washington terpaksa ditutup susulan angin kencang melebihi 96 kilometer sejam.

Ombak tinggi turut menyebabkan jalan di persisiran pantai Boston dinaiki air buat kali kedua tahun ini.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan angin kencang dengan kelajuan 113 kilometer sejam.

Jalan utama di Massachusetts dinaiki air susulan ribut yang melanda pantai timur Amerika Syarikat. - Reuters/Jillian Kitchener

Walaupun air mula surut menjelang tengahari, Jabatan Perkhidmatan Cuaca memberi amaran, Boston mungkin berdepan masalah banjir sekali tidak lama lagi.

Pengisytiharan darurut turut dikeluarkan Gabenor Virginia, Ralph Northam dan mengarahkan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas.