BANDAR GAZA: Loji jana kuasa tunggal Gaza terpaksa ditutup pada Sabtu berikutan kekurangan bahan api, kata pihak berkuasa tenaga wilayah itu.
"Operasi loji itu dihentikan kerana ia tidak berupaya untuk mengimport bahan api," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa.
Menurut kenyataan itu, Gaza memerlukan 500 megawatt untuk memenuhi keperluan elektrik bandar berkenaan.
"Hanya 120 megawatt tersedia di Gaza ketika ini yang diimport terus dari Israel," katanya, sambil menambah bahawa perkhidmatan elektrik akan tersedia hanya selama empat jam.
Israel menutup lintasan Karam Abu Salem, satu-satunya laluan komersial Gaza, sebagai sebahagian daripada sekatan di tengah-tengah ketegangan dengan kumpulan Jihad Islam berikutan penahanan seorang ketua kumpulan kanan di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin.
Pada Jumaat, pesawat perang Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza dengan mendakwa "ancaman serangan yang akan berlaku" oleh kumpulan Jihad Islam.
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh dan 80 yang lain cedera dalam serangan itu.
Menurut data dari agensi kemanusiaan PBB OCHA, 2.3 juta penduduk Gaza mengalami kekurangan bekalan elektrik biasa dan minggu lalu mereka hanya menerima purata 10 jam elektrik sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Pada Jumaat, pesawat perang Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza. - Gambar AP
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.
Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.
Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.
Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik
Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu.
Taufan Debby landa Florida Big Bend, banjir besar dijangka
Taufan Debby tiba di pedalaman di wilayah Florida Big Bend dengan banjir besar dijangka berlaku di tenggara AS.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
600,000 terputus bekalan elektrik di Rusia akibat panas melampau - Kementerian Tenaga
Suhu luar yang sangat tinggi menjadi punca gangguan besar bekalan elektrik di beberapa kawasan di Rusia.