MOSCOW: United Kingdom (UK) sedang mempertimbang untuk menempatkan jet pejuang Typhoon dan kapal perang Tentera Laut Diraja untuk melindungi tenggara Eropah dan mengukuhkan pasukan tempur British di Estonia, kata Perdana Menteri UK Boris Johnson.
"Kami sedang mempertimbang untuk mengerahkan pejuang RAF Typhoon dan kapal perang Tentera Laut Diraja untuk melindungi tenggara Eropah," lapor Sputnik, memetik kata-kata Perdana Menteri UK Boris Johnson kepada The Times pada Isnin.
Barat akan melakukan lebih banyak lagi untuk membantu Ukraine mempertahankan dirinya, tambah Johnson, sambil menyatakan bahawa UK sedang bersedia untuk mengukuhkan pasukan perang NATO yang diketuai British di Estonia.
"Sekutu NATO bersetuju untuk kami bersedia menghantar lebih banyak pasukan bagi menjamin keselamatan sekutu kami di sayap timur. Menteri-menteri luar Latvia dan Estonia telah meminta sokongan tambahan kerana kehadiran tentera Rusia di Belarus. Kami bersiap sedia untuk menghantarkannya," kata Johnson.
Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Barat dan Ukraine telah menuduh Rusia mengumpulkan tentera berhampiran sempadan Ukraine sebagai persediaan untuk menceroboh. Rusia menjawab ia tidak berniat untuk menceroboh Ukraine sambil menegaskan ia mempunyai hak untuk memindahkan tenteranya di dalam wilayah sendiri.
Rusia juga telah menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan NATO berhampiran sempadannya dan sokongan ketenteraan berterusan ke atas Ukraine, termasuk di wilayah Donbas yang menjadi pertikaian kedua-dua pihak.
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata Moscow tidak menolak ketegangan di sekitar Ukraine didorong oleh Barat yang bertujuan menyembunyikan rancangan Kiev untuk mensabotaj Perjanjian Minsk mengenai Donbas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

JOHNSON: Kami sedang mempertimbang untuk mengerahkan pejuang RAF Typhoon dan kapal perang Tentera Laut Diraja untuk melindungi tenggara Eropah. - Gambar fail/REUTERS

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM
Pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah ditawarkan kepada penjawat awam tetap dan kontrak.

JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban

50 pasukan sertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022
Tahun ini KRM memperuntukkan bantuan geran sebanyak RM1,000 kepada setiap pasukan bertanding.

Boris Johnson tegaskan tidak akan letak jawatan meskipun Tories tewas pilihan raya kecil
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen.

Tiada kes cacar monyet dikesan dalam negara - KJ
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kesemua kes membabitkan dua lelaki dan tiga perempuan adalah didapati negatif virus cacar monyet.

Ratu Elizabeth II lambang kestabilan, kekuatan UK - Pesuruhjaya Tinggi Britain
Baginda menjadi lambang kestabilan dan kekuatan paling penting buat UK, kata Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay.

UK rancang pinda perjanjian pasca-Brexit
EU dalam pada itu memaklumkan akan membantah cadangan ini yang berkemungkinan menyebabkan berlakunya perang perdagangan di antara dua pihak.

UK mula sistem bekerja empat hari seminggu, tiada pemotongan gaji
Projek perintis yang akan berlangsung selama enam bulan itu melibatkan 3,300 pekerja daripada 70 syarikat.

Peguam diraja dari UK mohon wakili Najib dalam rayuan kes SRC
Jonathan Laidlaw memohon kebenaran untuk mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Kolam renang di UK berdepan risiko ditutup susulan kenaikan kos
Beratus-ratus kolam renang di United Kingdom (UK) berdepan risiko ditutup ekoran kesan pandemik COVID-19 dan kenaikan mendadak harga tenaga.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Mei 2022.

Scotland lapor kes pertama cacar monyet
Pasukan kesihatan UKSA sudah hubungi kontak rapat yang berisiko tinggi untuk dijangkiti dan mereka dinasihat jalani kuarantin di rumah.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.