awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Long COVID halang jutaan rakyat AS daripada sertai tenaga buruh - Laporan

Bernama
Bernama
27/08/2024
05:45 MYT
Long COVID halang jutaan rakyat AS daripada sertai tenaga buruh - Laporan
Lebih lima peratus orang dewasa di AS mengalami long COVID, paling banyak berlaku dalam kalangan rakyat Amerika yang berada pada usia bekerja. - Gambar hiasan/Reuters
NEW YORK: Sindrom COVID berpanjangan atau long COVID telah menyebabkan kira-kira sejuta rakyat Amerika Syarikat (AS) terkeluar daripada menyertai tenaga buruh negara itu, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin, lapor Xinhua.
Laporan yang memetik ahli ekonomi itu menyatakan lebih lima peratus orang dewasa di AS mengalami long COVID, paling banyak berlaku dalam kalangan rakyat Amerika yang berada pada usia bekerja.
"Tidak pernah sebelum ini begitu ramai rakyat Amerika mengubah hubungan mereka dengan pekerjaan akibat satu krisis kesihatan awam.
"Lebih empat tahun selepas pandemik bermula, ada yang masih bergelut untuk mengimbangi kehidupan dan kerjaya mereka dengan long COVID, keadaan kronik yang masih cuba difahami oleh doktor," menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, individu yang berada di puncak kerjaya dalam bidang kewangan, teknologi dan kesihatan kini berhadapan dengan ketidakpastian sama ada mereka boleh meneruskan laluan kerjaya yang pernah dirancang sebelum ini.
Selain itu, kira-kira 3.6 juta orang melaporkan telah mengubah suai aktiviti mereka secara ketara akibat penyakit berkenaan, berdasarkan tinjauan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Menurut CDC, Long COVID ialah keadaan kronik dengan gejala yang berlarutan sekurang-kurangnya tiga bulan selepas jangkitan COVID.
Gejala itu termasuk keletihan, perubahan dalam ingatan, sesak nafas dan masalah untuk memberi tumpuan.
Long COVID boleh menjadikan tugas yang semudah membalas e-mel menjadi sukar, kata mereka yang mengalami keadaan itu. Mereka bergelut untuk mencari perkataan yang sesuai atau menguruskan tekanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#long COVID
#Amerika Syarikat
#pasaran tenaga buruh
#krisis kesihatan awam
#keadaan kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan