awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan perlu adakan pilihan raya awal - Hassan Diab

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2020
22:30 MYT
Lubnan perlu adakan pilihan raya awal - Hassan Diab
HASSAN: Saya sedia mengambil tanggungjawab untuk dua bulan lagi hingga mereka mencapai persetujuan. - Gambar fail
PERDANA Menteri Lubnan Hassan Diab berkata negara itu perlu mengadakan pilihan raya awal sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut yang sedang melanda.
Dalam ucapannya pada Sabtu, beliau turut merancang mencadangkan perkara tersebut dalam satu draf rang undang-undang pada Mesyuarat Kabinet, Isnin ini.
Kenyataan tersebut dibuat ketika pasukan keselamatan negara itu sedang bertempur dengan penunjuk perasaan di ibu kota Beirut, di tengah-tengah ketegangan kejadian letupan kuat, baru-baru ini.
Hassan dalam pada itu menggesa semua parti politik agar mengetepikan perselisihan antara mereka.
"Kita berada dalam keadaan darurat, dan bukan hanya kerana malapetaka ini dan bagaimana menanganinya. Keadaan darurat yang saya katakan adalah berkait dengan hala tuju negara ini dan masa depannya.
"Oleh itu, saya minta semua parti politik bersetuju dengan tempoh ini. Kita tidak ada banyak masa. Saya sedia mengambil tanggungjawab untuk dua bulan lagi hingga mereka mencapai persetujuan," katanya.
BACA: Letupan di Beirut: Usaha cari mangsa diteruskan, bilangan semakin meningkat
BACA: Letupan Beirut: Pegawai pelabuhan ditahan bantu siasatan
BACA: Rentetan peristiwa sebelum tercetusnya letupan besar Beirut
BACA: Letupan di Lubnan tiada kaitan aktiviti keganasan - Pakar
Bercakap menerusi ucapan yang disiarkan melalui televisyen pada petang Sabtu, Hassan berkata, beliau sedia kekal dalam jawatan itu selama dua bulan untuk memberi masa kepada ahli politik melakukan reformasi struktur.
Sekurang-kurangnya 160 orang terbunuh dan lebih 6,000 cedera setakat ini dalam kejadian letupan kuat di pelabuhan Beirut pada Selasa lalu.
Topic Berkaitan
#beirut
#darurat
#draf undang-undang
#Hassan Diab
#kemelut
#letupan Beirut
#lubnan
#parti politik
#Penunjuk perasaan
#Perdana Menteri
#perselisihan
#pilihan raya
#Pilihan raya awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan