awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lukisan Gustav Klimt jadi karya seni kedua termahal pernah dilelong

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2025
23:40 MYT
Lukisan Gustav Klimt jadi karya seni kedua termahal pernah dilelong
Imej yang disediakan oleh Sotheby's ini menunjukkan lukisan Gustav Klimt bertajuk "Bildnis Elisabeth Lederer" (Potret Elisabeth Lederer), yang telah terjual pada harga AS$236.4 juta dalam satu acara lelongan pada Selasa. - Foto AP
NEW YORK: Sebuah potret ikonik hasil karya pelukis Austria, Gustav Klimt, berjaya mencatat sejarah apabila terjual pada harga AS$236.4 juta (RM981 juta) dalam satu lelongan di Sotheby’s, menjadikannya karya seni kedua termahal pernah dijual secara terbuka.

Ringkasan AI
  • Lukisan ikonik Gustav Klimt terjual pada harga AS$236.4 juta (RM981 juta) dalam lelongan di Sotheby's, menjadikannya karya seni kedua termahal yang pernah dijual secara terbuka.
  • Lukisan Portrait of Elisabeth Lederer menggambarkan anak perempuan Klimt dalam persalinan tradisional China dengan latar belakang permaidani biru bermotif Asia.
  • Lukisan ini memegang rekod sebagai karya seni moden paling mahal pernah dijual di pasaran terbuka, namun rekod tertinggi masih dipegang oleh karya Leonardo da Vinci, Salvator Mundi, yang dijual pada harga AS$450 juta (RM1.87 bilion) pada tahun 2017.

Lukisan bertajuk Portrait of Elisabeth Lederer, yang dihasilkan antara tahun 1914 hingga 1916, menggambarkan anak perempuan kepada penaung utama Klimt dalam persalinan tradisional China berlatarbelakangkan permaidani biru bermotif Asia.
Karya setinggi enam kaki itu menjadi rebutan sengit enam pembida selama 20 minit sebelum dijual kepada pembeli yang tidak didedahkan.
Selain menjadi karya kedua termahal dalam sejarah lelongan, potret ini juga memegang rekod sebagai karya seni moden paling mahal pernah dijual di pasaran terbuka.
Rekod tertinggi masih dipegang oleh Salvator Mundi yang dikaitkan dengan Leonardo da Vinci, dijual pada harga AS$450 juta (RM1.87 bilion) pada tahun 2017.
Lukisan Klimt ini turut mempunyai sejarah dramatic, ia pernah dirampas oleh Nazi semasa Perang Dunia Kedua dan hampir musnah dalam kebakaran, sebelum dikembalikan kepada keluarga Lederer pada tahun 1948.
Kejayaan lelongan ini menandakan kebangkitan semula pasaran seni global, dengan Sotheby’s mencatatkan jumlah jualan tertinggi dalam satu malam, AS$706 juta, di ibu pejabat baharunya di New York.
Topic Berkaitan
#lukisan
#Gustav Klimt
#Portrait of Elisabeth Lederer
#lelongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan