awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luxembourg bakal jadi negara Eropah pertama benarkan kanabis

Agensi
Agensi
08/08/2019
06:17 MYT
Luxembourg bakal jadi negara Eropah pertama benarkan kanabis
Penduduk Luxembourg berumur 18 tahun ke atas bakal dibenarkan membeli kanabis demi penggunaan rekreasi. - Gambar fail
Penduduk Luxembourg berumur 18 tahun ke atas bakal dibenarkan membeli kanabis untuk kegunaan rekreasi.
Portal berita Politico memetik Menteri Kesihatan Luxembourg, Etienne Schneider, berkata, polisi negara-negara Eropah yang mengharamkan kanabis sejak 50 tahun lalu terbukti tidak berkesan.
Jika rang undang-undang tersebut diluluskan Parlimen, Luxembourg bakal menjadi negara ketiga di dunia yang membenarkan penggunaan kanabis secara rekreasi.
Kebanyakan negara-negara Eropah yang lain pula masih lagi dalam proses membincangkan penggunaan kanabis sebagai sejenis ubat.
Ketika ini terdapat 11 buah negeri di Amerika Syarikat yang juga membenarkan penggunaan kanabis selain Kanada dan Uruguay.
Walaupun penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakan negara di dunia, terdapat sejumlah besar negara yang tidak meletakkan hukuman berat terhadap penggunaannya tersebut, terutamanya di benua Amerika Selatan.
Namun begitu di Malaysia, kanabis masih lagi haram di sisi undang-undang.
Individu yang mempunyai lebih 200 gram marijuana boleh dikenakan hukuman mati atas sabit kesalahan mengedar dadah, manakala mereka yang mempunyai 50 gram ke bawah boleh dikenakan hukuman penjara setinggi 10 tahun.
Undang-undang yang mengharamkan kanabis di Malaysia telah wujud sejak zaman pra-kemerdekaan lagi, menerusi Ordinan Dadah Merbahaya 1952 yang diperkenalkan pentadbiran British di Tanah Melayu.
Topic Berkaitan
#Dadah
#ganja
#haram
#kanabis
#Kesatuan Eropah
#kesihatan
#Luxembourg
#Malaysia
#marijuana
#mati
#menteri
#Parlimen
#penjara
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan