awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madrid aktifkan semula hospital pandemik susulan peningkatan kes penyakit pernafasan

Bernama
Bernama
14/01/2023
03:40 MYT
Madrid aktifkan semula hospital pandemik susulan peningkatan kes penyakit pernafasan
Krisis dalam sistem penjagaan kesihatan di Madrid telah berlaku selama bertahun-tahun, terutamanya disebabkan oleh kekurangan katil dan kakitangan penjagaan kesihatan. - Foto fail/AP
OVIEDO: Kerajaan Madrid mengumumkan akan "mengaktifkan semula" hospital kecemasan di Madrid, ibu negara Sepanyol berikutan peningkatan kes penyakit selesema dan pernafasan.
Hospital itu yang sebelum ini dibina hanya dalam masa 100 hari dan mula dibuka pada Disember 2020 untuk menangani pesakit COVID-19, lapor Agensi Anadolu.
Bagaimanapun, hospital yang menelan belanja kira-kira EUR170 juta dan pernah mencetuskan kontroversi itu sebahagian besarnya tidak digunakan selepas pandemik berkurangan.
Berikutan hospital utama di Madrid hampir lumpuh susulan lonjakan kes jangkitan, kerajaan mengumumkan pada Jumaat hospital berkenaan akan diaktifkan semula.
Pada Rabu, 5,000 doktor dan pakar pediatrik yang tertekan merancang untuk melancarkan mogok.
Walaupun mengakui bahawa lonjakan penyakit pernafasan susulan cuti Krismas, namun menurut ahli kesatuan krisis dalam sistem penjagaan kesihatan di Madrid telah berlaku selama bertahun-tahun, terutamanya disebabkan oleh kekurangan katil dan kakitangan penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital pandemik
#penyakit pernafasan
#COVID-19
#lonjakan kes jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan