Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn telah dididik untuk menaiki takhta sejak hari pertama baginda dimasyhurkan sebagai pengganti raja pada 28 Dis, 1972, ketika berusia 20 tahun.
Lewat malam tadi, Perdana Menteri Gen Prayut Chan-o-chan memberitahu media bahawa Putera Mahkota meminta diberi tempoh secukupnya untuk baginda berkabung atas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol sebelum mengambil alih takhta.
Prayut mengesahkan bahawa Putera Mahkota akan menggantikan ayahanda baginda sebagai Raja.
Putera raja berusia 64 tahun itu yang merupakan putera tunggal Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit, diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Dusit Palace, Bangkok.
Baginda merupakan anakanda kedua daripada empat beradik hasil perkahwinan pasangan diraja itu.
Bakal Raja Thailand itu menerima pendidikan awal di Chitlada School sebelum dihantar ke United Kingdom dan Australia untuk melanjutkan pelajaran.
Baginda turut menjalani latihan ketenteraan di kolej berprestij Australia, Royal Military College, di Duntroon.
Baginda bertugas sebagai pegawai tentera dengan Royal Thai Army sejak 1975 dan berkhidmat sebagai pegawai staf di bawah Directorate of Army Intelligence sebelum dilantik mengetuai batalion pengawal peribadi Raja pada 1978.
Putera Mahkota juga mengikuti latihan bersama angkatan tentera dari luar negara, antaranya Amerika Syarikat, Britain dan Australia, dalam pasukan khas selain taktik tidak konvensional.
Baginda digambarkan oleh laporan media sebagai seorang yang unik dalam kalangan putera moden, memandangkan baginda terlibat dengan aktif dalam operasi ketenteraan.
Menurut laporan media, baginda pernah mengetuai operasi memerangi pemberontakan menentang komunis Thailand di utara dan timur laut negara itu, di samping operasi di sepanjang sempadan Kemboja semasa rejim Khmer Rouge.
Baginda juga adalah juruterbang jet pejuang dan komersial terlatih dan merupakan juruterbang pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon bagi Royal Thai Air Force.
Selain kerjaya dalam bidang ketenteraan, Putera Mahkota juga terlibat dalam aktiviti sosial dan menubuhkan Crown Prince Hospital, bagi manfaat penduduk Thailand yang tinggal di kawasan pedalaman.
Baginda juga mempunyai minat dalam perkembangan sektor pertanian dan mempunyai klinik pertanian bergerak di bawah naungan baginda.
Projek itu memberi khidmat kepada para petani supaya lebih efisien dari segi hasil ladang, selain memberi nasihat pakar mengenai tumbuhan, ternakan, perikanan dan pembangunan tanah.
Putera Mahkota juga sering kali mewakili ayahanda baginda dalam pelbagai aktiviti sosial lain. -Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016
Maha Vajiralongkorn merupakan putera tunggal Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit, dan diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Dusit Palace, Bangkok. -Gambar fail
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Siapa Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Dinasti Chakri?
Beliau merupakan anak lelaki tunggal dan menjadi Putera Mahkota pada 1972, pada usia 20 tahun. Kini beliau berusia 66 tahun.
Majlis pemahkotaan Raja Vajiralongkorn
Negara gajah putih itu akan menyaksikan Majlis Pemahkotaan Raja Maja Vajiralongkorn sebagai Raja Thailand yang baharu.
Kemangkatan Raja Bhumibol: Hishammuddin ucap takziah di Kedutaan Besar Diraja Thai
Datuk Seri Hishammuddin menandatangani buku ucapan takziah di Kedutaan Besar Diraja Thailand di Jalan Ampang hari ini.
Maha Vajiralongkorn: Putera Mahkota, tentera dan juruterbang jet pejuang terlatih
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn telah dididik untuk menaiki takhta sejak hari pertama baginda dimasyhurkan sebagai pengganti raja pada 28 Dis, 1972, ketika berusia 20 tahun.
Datuk Seri Najib ucap takziah atas kemangkatan Raja Bhumibol
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari ini.
Lelaki dihukum penjara enam tahun kerana hina raja Thailand
Mahkamah jenayah Thailand pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada seorang lelaki kerana menghina raja.
Kabinet Thai akan dirombak - PM
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha berkata beliau telahpun memohon perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej untuk melakukan rombakan Kabinet.