awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran untuk tahan Yoon

Bernama
Bernama
07/01/2025
23:45 MYT
Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran untuk tahan Yoon
Dengan lanjutan ini, CIO dijangka membuat percubaan baharu untuk menguatkuasakan waran penahanan terhadap Yoon dalam masa terdekat. - Foto fail/REUTERS
SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa meluluskan lanjutan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan susulan tindakan singkat beliau menguatkuasakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.
Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan lanjutan itu atas permintaan penyiasat dari Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Kanan (CIO) selepas waran asal tamat pada Isnin, menurut pegawai.
Cubaan CIO untuk melaksanakan waran berkenaan Jumaat lepas gagal selepas kakitangan keselamatan presiden menghalang penyiasat daripada memasuki kediaman rasmi Yoon di pusat bandar Seoul.
Walaupun penyiasat tidak mendedahkan tempoh lanjutan waran, dipercayai ia melebihi tempoh biasa tujuh hari, memandangkan cabaran yang dijangka dalam menahan Yoon.
CIO memohon waran awal pada 30 Dis lepas, mendakwa Yoon terlibat sebagai dalang pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.
Sehari kemudian, mahkamah sama meluluskan waran itu, menjadikannya kali pertama dalam sejarah waran penahanan dikeluarkan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Dengan lanjutan ini, CIO dijangka membuat percubaan baharu untuk menguatkuasakan waran penahanan terhadap Yoon dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#waran penahanan
#Yoon Suk Yeol
#proses pendakwaan
#CIO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan