awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah New York tolak permohonan Trump tangguh tarikh jatuh hukum kes wang sogokan

Bernama
Bernama
10/01/2025
02:20 MYT
Mahkamah New York tolak permohonan Trump tangguh tarikh jatuh hukum kes wang sogokan
Pihak pendakwa dari pejabat peguam daerah Manhattan dalam dokumen mahkamah menyifatkan hujah Trump (gambar) untuk menangguhkan hukuman berdasarkan konsep "kekebalan presiden bakal dilantik" sebagai tidak berasas. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Mahkamah Rayuan New York pada Khamis menolak permohonan Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump bagi menangguhkan ketetapan hukuman membabitkan kes sogokan yang dijadualkan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Hakim Jenny Rivera dari Mahkamah Rayuan New York enggan menandatangani perintah itu selepas meneliti permohonan untuk menangguhkan sesi berkenaan, menurut perintah ringkas yang dikeluarkan mahkamah pada pagi Khamis.
"Susulan keputusan Hakim, tiada sebarang permohonan yang sedang dipertimbangkan dalam kes ini di Mahkamah Rayuan," menurut perintah itu.
Pihak pendakwa dari pejabat peguam daerah Manhattan dalam dokumen mahkamah menyifatkan hujah Trump untuk menangguhkan hukuman berdasarkan konsep "kekebalan presiden bakal dilantik" sebagai tidak berasas.
Sementara peguam Trump beralih kepada Mahkamah Rayuan New York dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menangguhkan ketetapan menjatuhkan hukuman, kini terpulang kepada Mahkamah Agung untuk membuat keputusan.
Hakim Ellen Gesmer dari Bahagian Rayuan Mahkamah Agung New York, Jabatan Pertama pada Selasa menolak usaha Trump untuk menangguhkan sesi itu.
Pada Mei 2024, juri di New York mendapati Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah, termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah pada kempen pilihan raya Presiden 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Mahkamah Rayuan New York
#wang sogokan
#kekebalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan