awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu ucap tahun baharu, pusat perubatan cetus kejutan salah hantar mesej pengesahan kanser

Agensi
Agensi
01/01/2023
14:55 MYT
Mahu ucap tahun baharu, pusat perubatan cetus kejutan salah hantar mesej pengesahan kanser
Kesilapan kandungan mesej yang dihantar telah mengejutkan penerima mesej teks terbabit. - Gambar hiasan/ FB Askern Medical Practice
YORKSHIRE: Seperti kelazimannya, sebuah pusat perubatan di England ini ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat tahun baharu kepada pelanggan mereka pada Ahad.
Walau bagaimanapun, kesilapan kandungan mesej yang dihantar telah mengejutkan penerima mesej teks terbabit.
Tiada kaitan dengan tahun baharu, mesej yang diterima pelanggan Askern Medical Practice di Doncaster itu berbunyi "anda menghidap kanser paru-paru yang agresif dengan metastasis".
Kandungan mesej berkenaan dikatakan merujuk kepada salah satu prosedur bagi pesakit kanser atau penyakit terminal lain untuk memohon faedah kesihatan.
Namun tidak lama selepas itu, pusat perubatan tersebut menghantar mesej permohonan maaf.
"Mesej itu tersilap dihantar. Mesej yang sepatutnya ialah 'Kami mengucapkan selamat menyambut Krismas dan Tahun Baharu'.
Pusat itu, yang mempunyai kira-kira 8,000 pesakit menurut BBC, tidak memberi sebarang respons lain berhubung kesilapan itu.
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) yang menyelia penjagaan kesihatan yang dibiayai secara terbuka, juga tidak mengulas berkenaan hal itu.
Topic Berkaitan
#tahun baharu
#pusat perubatan
#mesej
#salah hantar mesej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan