awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan Amerika Syarikat terdesak cari pekerja

Bernama
Bernama
16/08/2022
04:16 MYT
Majikan Amerika Syarikat terdesak cari pekerja
Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan AS, pada Jun, lebih 10 juta peluang pekerjaan tidak diisi manakala bilangan pencari kerja pula kurang daripada 6 juta. - Gambar hiasan
PARIS: Bilangan pekerja di Amerika Syarikat merosot sejak permulaan pandemik COVID-19 disebabkan persaraan awal, kadar imigrasi yang lebih rendah dan populasi yang semakin menua, yang akan memburukkan lagi kekurangan tenaga buruh, lapor Xinhua memetik laporan AFP pada Ahad.
Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan AS, pada Jun, lebih 10 juta peluang pekerjaan tidak diisi manakala bilangan pencari kerja pula kurang daripada 6 juta.
Ramai yang berhenti kerja pada musim bunga 2020 apabila pandemik mula melanda ekonomi AS. Berjuta-juta orang memilih untuk bersara awal, kerana bimbang akan kesihatan mereka dan telah memiliki aset yang mencukupi berikutan prestasi pasaran saham yang memberangsangkan ketika itu serta nilai hartanah yang tinggi, lapor AFP, memetik penganalisis.
Seorang penganalisis mengingatkan adalah sukar untuk mendapatkan semula tenaga kerja seperti sebelum pandemik dalam jangka pendek, ditambah dengan populasi yang semakin menua.
Selain itu, sekatan yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump dan kesan wabak itu secara drastik mengurangkan bilangan warga asing yang memasuki AS.
Penganalisis yang dipetik oleh media Perancis mencadangkan langkah-langkah diambil untuk mengurangkan kekurangan pekerja, termasuk memperlahankan kegemaran membeli-belah rakyat Amerika supaya syarikat tidak memerlukan lebih pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pekerja
#Amerika Syarikat
#pandemik
#majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan