MAJLIS Ulama Indonesia (MUI) kini dalam usaha mempertimbangkan untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan video berkonsepkan perang dan keganasan, Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).
Ahli majlisnya, Muhammad Zaitun Rasmi berkata, perkara itu bagaimanapun akan diteliti terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat fatwa.
“Sekiranya kajian ke atas permainan itu didapati berpotensi menyumbang kepada keganasan, ia akan difatwakan haram,” katanya kepada Detik.com pada Khamis.
BACA: PUBG diharamkan di beberapa daerah di India
Bagaimanapun, Zaitun memberitahu, MUI kini masih dalam proses menjalankan kajian selain pendapat beberapa pihak lain yang dijangka mampu membantu dalam mencapai keputusan yang tepat.
“Kita tidak boleh membuat keputusan (fatwa haram) terlalu cepat. Kami kena kaji dulu. Pendapat-pendapat pihak lain juga penting dan sangat diperlukan.
“Fatwa haram ini perlu melalui beberapa proses dan bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya. Ada beberapa sebab untuk mengeluarkan fatwa haram termasuk faktor sebab dan akibat,” katanya
BACA: Keganasan tidak ada kaitan dengan permainan PUBG - Syed Saddiq
Tambahnya, apa sahaja yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram, namun sekiranya ia dilihat sangat dominan dan mempunyai pengaruh kuat, ia akan dilarang.
Tindakan MUI itu adalah susulan daripada kejadian berdarah yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu dalam serangan pengganas di dua buah masjid di negara itu sehingga mengorbankan 50 umat Islam dan mencederakan puluhan yang lain.
BACA: Lepas main PUBG bersama baru tahu duduk sekampung!
Turut menjadi mangsa, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang terkorban, dan tiga lagi yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib, 46 tahun, Muhammad Nazril Hisham Omar, 46 tahun, dan Rahimi Ahmad, 39 tahun.
Agensi
Fri Mar 22 2019
MUI kini masih dalam proses menjalankan kajian selain pendapat beberapa pihak lain yang dijangka mampu membantu dalam mencapai keputusan yang tepat berhubung permainan video PUBG itu. - Gambar hiasan
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.